Tuesday, June 30, 2009
bzzzz ..
kita kena cintakan kerja kita .. baru happy nak buat kerja ....
Oitttt .. sample projek nie kena hantar cepat .. buat apa lak aku lepak kat blog nie hehhehehhe ... ok salam manis ...
Thursday, June 25, 2009
Iklan Jab :-Alpha Lipid
ALPHA LIPID LIFELINE adalah Kolustrum Terbaik (Gred 10) yang kaya dengan antibodi semulajadi yang dapat meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit
- ALPHA LIPID LIFELINE kaya dengan VITAMIN A, B1, B2, B3,B6, B12, C, D & E, MINERAL, (asid folik,kalsium,iron,magnesium,soldium & potasium), IMMUNOGLOBULLIN (IgA, Ig, IgD, IgE,IgFI,IgFII).
- Diikhtirafkan HALAL oleh N.Z. Islamic Processed Food Management
- Pelbagai maklumbalas positif daripada pengguna ALPHA LIPID LIFELINE yang kami terima. Mereka mengakui ALPHA LIPID LIFELINE dapat mengubati pelbagai penyakit seperti :
strok & lumpuh,sakit lutut & sendi,wanita lepas bersalin,serangan jantung,masalah kulit,wanita mengandung,buah pinggang,kanser,keletihan,batu karang,kencing manis,ketumbuhan,darah tinggi,asma/lelah,hepatatis B/C,gout,gastrik,Gout,resdung,jerawat,parkinson,tekanan darah rendah,migrain,stress/tekanan,masalah jerawat,masalah usus,dan banyak lagi....
sapa - sapa yang ader kepentingan ingin mencuba... susu ini .. silalah hubungi lia .. aulia.alg@gmail.com untuk sebarang keterangan lanjut ..
alhamdulilah .. kawan - kawan lia banyak beli untuk ibu bapa mereka .. ramai yang menunjukkan kesan yang positif ..
testimoni :-"Penyakit Diabetis"
Encik Mohd Norawi, adalah pengidap kencing manis kronik (perlu injeksi insulin), tetapi setelah diperkenalkan Alpha Lipid Lifeline, tahap kencing manis beliau telah pulih dan stabil. Walaupun pada awalnya beliau tidak percaya langsung. Kini beliau semakin cergas, bertenaga dan berpuasa tidak akan meletihkan lagi
"Sakit Sendi & Kulit "
Beliau berusia 56 tahun, mengalami sakit sendi sejak 1995. Sakit kulit beliau juga serius hinggakan setiap kali beliau sikat rambut, akan keluar kuping-kuping kulit yang banyak. Seluruh tubuh beliau juga sering gatal-gatal, namun setelah mengambil Alpha Lipid sebagai minuman kesihatan, beliau sangat berpuashati dengan hasilnya, kerana sakit sendi beliau telah sangat berkurangan dan kulit beliau juga telah semakin segar.
Tuesday, June 23, 2009
DaPat Pun ..
sayang buah hati aku nie kat aku .. dia belikan juga untuk aku .. gred apa .. aku tak kisah asalkan .. nama yer DURIAN ..
psTTt .. adik ipar ku curi makan .. aku rasa sebab bau dia satu rumah .. hehehhe dia ckap ngan aku sedap yer durian nie rupanyer .. (( baru kau tau .. tu lah tak kenal makan tak cinta ))
Monday, June 22, 2009
Durian OOOOoooOoo Durian
Wednesday, June 17, 2009
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah -paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam -tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak -orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar -andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak -terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"
Siapakah org yg KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang e-mail ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
aku tak kedekut pun .. siap letak kat blog lagi nie .. harap - harap ilmu nie dapat di kongsi bersama .....
Tuesday, June 16, 2009
si Comel merah ..
si comel merah .. menyala ..
anak aku ngan anak buah aku suka pakai warna merah nampak cute dan comel ..
nie gambar semua masa kita orang g hospital Ampang baru - baru nie .. senang nak cari .. sebab dia orang pakai semua warna merah ..
ehn gambar lia kenapa tak de ??? oooOOOoOo tak pelah .. i tak pakai baju merah .. takut kena kejar lembu jab lagi .. hehheheheh
Thursday, June 11, 2009
terpandang
*** tapi tak pernah pun bas kat bawah tu mati kan ejin dia ... banyak asap .. bas .. tak selesa .. untuk .. para penumpangkan .. elok .. pihak tertentu amek perhatian ..
nampak yer ader juga perubahan kat pudu raya tu .. dengan sign borad yang jelas dan terang kemana arah .. nak pergi .. ok lah .. tak lah nampak kusam je .. cuma aku je tak perkenan warna hijau tu .. cat kat bangunan luar .. kalau tukar warna lain.. mesti nampak cute kan ..
maksu .. ku pulang ..
semalam aku hantar maksu aku yang cute lagi sporting tu .. kat pudu raya kul 10.00 malam .. nak balik kulim .. kedah .. dia datang KL pun bukan nak makan angin .. sebab pakcik .. aku yang aku melawat kat Termeloh tu dah koma dan kini berada kat Hospital Ampang .. kira nya abg mak su aku lah tu .dan adik bongsu, my dad .. dan malam tadi dia kena balik Kulim .. aku tau dia risau pasal abang dia .....
dua tiga hari nie aku asyik berulang ke hospital Ampang .. aku anak sedara dia .. aku juga bertanggungjawab... nak mengetahui keadaan semasa dia .. masa aku kecik - kecik dulu .. pak long aku nie .. aku nak apa je dia belikan .. dan selalu bawak aku jalan - jalan .. tak pernah aku lupa ..
keadaan dia masih tak stabil .. masih koma .. aku sentiasa berdoa moga dia cpet sembuh .. abah aku pun tak leh nak g mana dia risau .. sangat abg dia .. sepatut yer ader kursus kat Arau .. tapi dia tak mau g ... aku harap .. pak long aku kembali stabil ..
Tuesday, June 9, 2009
belum punya kesempatan ..
kalau ader kesempatan baru aku akan mula bercerita ok ...
perasaan kurang senang .. macam - macam rasa ader ..
sibuk di rumah dan juga di pejabat.. aku tak punya waktu .. untuk diri ku buat seketika ini ..
nasib baik ..hubby bucuk aku tu tolong picit pala ..nie ...
Monday, June 8, 2009
Melawat..
aku ingatkan cuti dua hari nie tak kemana - mana , tiada rancangan balik kampung kerana aku baru je balik .. hari tu dan mama pun maru je balik dari rumah kami ...
alih - alih lepas ke TERMELOH, PAHANG ..
Perkhabaran yang kurang baik .. bila mendapat panggilan sepupu aku .. dia cakap ayah dia masuk hospital .. aku pun bagi tau lah kat abah .. paklong sakit .. alih - alih dia nak pergi menziarah abang dia ..
so .. mama ngan abah datang tido kat umah aku .. dan pagi ahad kami semua pergi .. melawat dia .. kita orang .. kalau melawat sedara mara mama dan abah mewajibkan anak cucu .. semua kena ikut .. kalau tak buat cam tu nanti pakat-pakat tak kenal bapak sedara ..... KL .. Termeloh tak juga jauh sangat .. boleh tahan .. lerrrr .. hahahahhahah balik jem .. apa lah bayar tol pun jem ke ?? sakit kaki aku .. kena pulak giliran aku .. bukan hubby yg drive ..
pak long .. keadaan yer dalam perhatian doktor .. masalah jatung yang bengkak .. hempedu hati yang bengkak .. dia menghidap penyakit jantung tu yang bahaya .. Kami sekeluarga mendoakan agar dia kembali sembuh ...
ikan Patin .. adik aku nie mangandung .. kecoh nak makan ikan patin pahang .. tidak dinafikan .. isi yer memang sedap .. walaupun agak mahal .. dalam perjalanan pulang jumpalah orang jual ikan patin.. abah aku beli lah .. bawak balik .. nak masak .. sampai KL kul 8 malam .. kelam kabut aku masak gulai lepak ikan patin ... memang sedap.. walaupun aku penat tapi memang semua yer berpuas hati ..
subuh tadi mama ngan abah serta adik - adik balik .. ke TAPAH .. memandangkan semua yer kerja .. kena balik juga .. Insyaallah kalau ader masa lagi kami akan melawat Pak long lagi ..
**ingat nak amek gambar , tapi camera tinggal kat umah .. LA PULAK
Friday, June 5, 2009
Umrah ..
Thursday, June 4, 2009
angin .. pasang ..
Wednesday, June 3, 2009
bulan runtuh..
pstt** usah menunding jari pada sesiapa .. meh kita siasat je .. ader hikmah di sebalik kejadian ..
PETALING JAYA 28 Mei - Siasatan awal mendapati bangunan yang pernah menempatkan Jaya Supermarket di Seksyen 14 di sini yang runtuh petang tadi berpunca dari lebihan muatan jentera berat yang digunakan bagi kerja-kerja merobohkan bangunan itu, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin. (sumber :-utusan )
pstt** kes nie pulak .. alah dah sampai ajal dia nak runtuh .. nak buat cam mana ..
jaya jusco .. sogo .. jakel .. pun .. runtuh jugak... jualan runtuh ...
Monday, June 1, 2009
Rela
Tak ubah berbunga lalang
Rendahnya pandanganmu
Padaku yang amat memerlukan
Kegersangan sekeping hati
Mengharapkan setitis embun
Agar basah rindu ini
Aku yang terbuang
Sejak mula lagi
Puas ku merintih
Puas ku berduka
Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidup ini
Demi cinta yang menyala
Kurela menggenggam bara api
Demi kasih yang mengharum
Sungguh aku rela
Biarpun pada pandangan
Seperti bunga yang layu terbuang
Namun kau pasti tahu
Semua kerna
Aku masih lagi setia padamu
Biar ku menangis seumpama pengemis
Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidupku ini
pstt.. aku suka stacy nyanyi .. terus masuk kat jantung aku nie ..
cuti sekolah ..
kemana nak g cuti sekolah nie???? aku suka pantai .. cam nie .. best je .. tapi kekadang kepala otak aku nie suka merapu sikit .. macam - macam dok pikir .. takut ombak besar lah .. itu lah ini lah ... aku nie kalau mandi laut .. mandi kat tepi ke .. takut .. sebab aku tak pandai berenang ..
syirah.. pulak sibuk suruh aku g zoo .. nak tengok tiger .. kata yer .. erm ..Tiger kat zoo negara malas suka tido .. tu yang tak suka bawak dia kat situ .. kita orang suka pergi zoo melaka ..
nanti kita cabut undilah nak g mana kan.. silap - silap .. kita .. g .. zoo astro .. hahahha tengok depan tv .. eceh ..