Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Monday, August 17, 2009

kawin juga korang ekk

semoga bahagia lah hendak yer .. kawin juga akhirnya ..



Monday, August 3, 2009

589 sertai demonstrasi ditahan

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Polis Kuala Lumpur menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dianjurkan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) di sekitar ibu negara sehingga pukul 9 malam ini.

Psttttt : aku tak paham lah dia orang nie suka sangat buat kerja macam nie .. kalau tak suka .. gunalah cara yang betul ..

Hari malang bagi peniaga di sekitar Jalan TAR... KESIAN DIA ORANG NIE .. nasib baik aku tak g sogo .. pada hari kejadian tu .. nasib lah bangun lambat heheh macam tau - tau je ..

ini semua bukan budaya kita ..
SmileyCentral.com

Berleluasa H1N1

Rumusan berita kat utusan :-

Kanak-kanak 10 tahun mangsa terbaru H1N1
IPOH 31 Julai - Seorang murid tahun empat sebuah sekolah kebangsaan di Kerian mungkin merupakan mangsa terbaru virus selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini apabila kematiannya dikaitkan dengan simptom-simptom penyakit itu.


Murid tahun enam korban pertama H1N1 di Johor
JOHOR BAHRU 2 Ogos - Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga di sini, Mohamad Fakri Syah Rosli, 11, menjadi korban pertama virus selesema babi atau influenza A (H1N1) di negeri ini hari ini.


Kata beliau, sebanyak 120 kes baru H1N1 dicatatkan di negeri ini yang mana 86 kes adalah jangkitan tempatan manakala 34 kes pula adalah import.

H1N1 .. semakin menjadi - jadi .. bahaya yer penyakit nie boleh maragut nyawa .. kalau ader demam ke seperti tanda - tanda .. yang selalu di war- warkan .. pergilah hospital .. yer jangan malu atau takut ...

harap - harap semua orang bertambah peka dengan benda ni dan .. amalkan kebersihan ..

pistttt : bila aku nasihatkan orang lain , sama lah aku menasihati diri aku sendiri ...

Tuesday, July 21, 2009

Gerhana ..

Gerhana matahari di Asia 22 Julai
NEW DELHI 20 Julai - Penduduk Asia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari yang paling lama bagi abad ke-21 pada Rabu ini, yang merentasi India dan China, bermula dari Mumbai ke Shanghai.
Fenomena ini telah digembar-gemburkan ke seluruh dunia, yang jarang dapat dilihat dalam seumur hidup kerana ia tempoh paling lama merentasi di beberapa kawasan berpenghuni di bumi dan menjadi gerhana bersejarah yang bakal disaksikan oleh jutaan orang.
"Ia merupakan peristiwa terpenting yang pernah berlaku di sini. Tiada seorang pun dari kami dapat hidup lebih lama untuk melihat peristiwa itu berulang lagi," kata pengurus agensi pakar pelancongan Eclipse City yang berpusat di Jerman, Federico Borgmeyer.
Ahli astrofizik Amerika dan pakar gerhana, Fred Espenak telah menetapkan 22 Julai ini yang dijangka berlaku sebuah fenomena 'raksasa'.
Jumlah sinaran suria ini akan menjadi berkurangan apabila bulan berada di antara bumi dan matahari, telah mengaburkan pancaran sepenuhnya.
Keghairahan pada kali ini merupakan sebahagian besar peristiwa luar biasa yang pernah berlaku dalam tempoh tertentu, atau 'keseluruhan', apabila matahari dilitupi sepenuhnya.
Maksimum gerhana itu dijangkakan berlaku adalah selama enam minit dan 39 saat, ia merupakan satu tempoh yang tidak mungkin berlaku pada tahun 2132.
Jarak 'laluan keseluruhan' fenomena itu dianggarkan sehingga 258 kilometer, penduduk Gujarat di barat India menjadi orang yang pertama dapat menyaksikan gerhana dalam masa singkat sebelum pukul 6.30 pagi (9.00 pagi waktu Malaysia).
Fenomena itu kemudiannya merentasi India, suasana gelap akan meliputi di sungai Gangga, kota suci Varanasi yang berada di antara utara dan selatan Bangladesh dan Nepal sebelum mengelapkan kebanyakan tempat di Bhutan, melalui tanah besar China dan kemudian melepasi laut di Shanghai.
Persinggahan seterus gerhana itu adalah di selatan pulau Ryukyu, Jepun selepas membelok di tenggara melalui Lautan Pasifik di mana ia akan berada di sana dalam tempoh yang maksimum.
Bagi kawasan-kawasan yang berada di laluannya, ia akan disinari matahari sebanyak dua kali pada awal pagi kerana bulan melindungi lebih rendah ketika itu dan kemudian perlahan-lahan menyinari bumi sekali lagi.
Sebanyak 50 peratus atau lebih bagi anggaran dua bilion penduduk yang diliputi sinaran gerhana itu, bermula dari kawasan penggaraman para petani di Gujarat hingga ke kawasan gembala Tibet di kaki bukit Banjaran Himalaya. - AFP

Psittt: Sumber nie Dr UTUSAN Malaysia On Line
SmileyCentral.com Macam mana ekk jadi yer ..

Wednesday, June 3, 2009

bulan runtuh..

Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.(sumber :- Utusan)

pstt** usah menunding jari pada sesiapa .. meh kita siasat je .. ader hikmah di sebalik kejadian ..

PETALING JAYA 28 Mei - Siasatan awal mendapati bangunan yang pernah menempatkan Jaya Supermarket di Seksyen 14 di sini yang runtuh petang tadi berpunca dari lebihan muatan jentera berat yang digunakan bagi kerja-kerja merobohkan bangunan itu, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin. (sumber :-utusan )

pstt** kes nie pulak .. alah dah sampai ajal dia nak runtuh .. nak buat cam mana ..

jaya jusco .. sogo .. jakel .. pun .. runtuh jugak... jualan runtuh ...

Thursday, May 7, 2009

Nenek maut ditumbuk-07 mei 2009
Oleh Zulfa Mohamad dan Rudy Syareme Sheriffudin
zulfa@hmetro.com.my
TASEK GELUGOR: Dua penjenayah berhati ‘binatang’ apabila sanggup menumbuk seorang wanita warga emas sehingga menyebabkan mangsa maut akibat cedera di kepala di Kampung Besar, dekat sini, kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira jam 12.05 tengah hari, anaknya, Siti Minah Idris, 58, menjemur pakaian manakala mangsa, Tom Salleh, 86, duduk atas sofa dalam rumah.
Ahli keluarga lain tiada ketika kejadian.
Menurut Siti Minah, ketika dia berada di luar rumah, datang dua lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ.
Mereka memberitahu seorang anaknya bernama Din ada berhutang dengan along sebanyak RM2,000 dan mahu menuntutnya.
Dia mulanya tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka lelaki berkenaan rakan anaknya, Mohd Shukri Mohd Saad, 30, namun curiga apabila mereka bertanya mengenai Din sedangkan tiada anaknya bernama Din.
“Mereka juga mengugut akan membunuh mak cik jika tidak memberi wang menyebabkan mak cik berlari masuk ke rumah kerana bimbang tapi tak sempat mengunci pintu.
“Dua lelaki terbabit segera mengejar lalu menarik kain mak cik sebelum berlaku pergelutan di ruang tamu,” katanya, semalam.
Penjenayah kemudian merentap rantai emas berharga kira-kira RM3,000 dipakai Siti Minah.
Kejadian itu disaksikan Tom yang bangun untuk membantu tetapi seorang daripada lelaki terbabit menumbuk mata kanan mangsa hingga terjatuh dan mengalami pendarahan di kepala dipercayai terhantuk di dinding.
Siti Minah berkata, dua lelaki berkenaan melarikan diri menghala pekan Tasek Gelugor.
Ibunya dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk imbasan sebelum dihantar semula ke HKB tetapi disahkan meninggal jam 10.40 malam akibat pendarahan di kepala.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Wan Abdullah Tuanku Said, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

SmileyCentral.comsedih aku baca cerita kat atas tu...kenapalah mereka ini melakukan kerja macam nie .. kerana duit .. mereka tidak hiraukan .. warga emas ini .. demi kepuasan mereka .. banyak lagi rasa yer kerja yang baik yang boleh mereka lakukan .. sudah hilang hormat langsung mereka pada orang yang lebih berusia ...apalah daya mereka untuk mempertahankan diri ..