Thursday, May 7, 2009

Nenek maut ditumbuk-07 mei 2009
Oleh Zulfa Mohamad dan Rudy Syareme Sheriffudin
zulfa@hmetro.com.my
TASEK GELUGOR: Dua penjenayah berhati ‘binatang’ apabila sanggup menumbuk seorang wanita warga emas sehingga menyebabkan mangsa maut akibat cedera di kepala di Kampung Besar, dekat sini, kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira jam 12.05 tengah hari, anaknya, Siti Minah Idris, 58, menjemur pakaian manakala mangsa, Tom Salleh, 86, duduk atas sofa dalam rumah.
Ahli keluarga lain tiada ketika kejadian.
Menurut Siti Minah, ketika dia berada di luar rumah, datang dua lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ.
Mereka memberitahu seorang anaknya bernama Din ada berhutang dengan along sebanyak RM2,000 dan mahu menuntutnya.
Dia mulanya tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka lelaki berkenaan rakan anaknya, Mohd Shukri Mohd Saad, 30, namun curiga apabila mereka bertanya mengenai Din sedangkan tiada anaknya bernama Din.
“Mereka juga mengugut akan membunuh mak cik jika tidak memberi wang menyebabkan mak cik berlari masuk ke rumah kerana bimbang tapi tak sempat mengunci pintu.
“Dua lelaki terbabit segera mengejar lalu menarik kain mak cik sebelum berlaku pergelutan di ruang tamu,” katanya, semalam.
Penjenayah kemudian merentap rantai emas berharga kira-kira RM3,000 dipakai Siti Minah.
Kejadian itu disaksikan Tom yang bangun untuk membantu tetapi seorang daripada lelaki terbabit menumbuk mata kanan mangsa hingga terjatuh dan mengalami pendarahan di kepala dipercayai terhantuk di dinding.
Siti Minah berkata, dua lelaki berkenaan melarikan diri menghala pekan Tasek Gelugor.
Ibunya dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk imbasan sebelum dihantar semula ke HKB tetapi disahkan meninggal jam 10.40 malam akibat pendarahan di kepala.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Wan Abdullah Tuanku Said, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

SmileyCentral.comsedih aku baca cerita kat atas tu...kenapalah mereka ini melakukan kerja macam nie .. kerana duit .. mereka tidak hiraukan .. warga emas ini .. demi kepuasan mereka .. banyak lagi rasa yer kerja yang baik yang boleh mereka lakukan .. sudah hilang hormat langsung mereka pada orang yang lebih berusia ...apalah daya mereka untuk mempertahankan diri ..

3 comments:

  1. bila dngr berita2 mcm ni yg melibatkan warga emas,wanita dan kanak2 menjadi mangsa memang terasa sakit betul hati...klu blh nak hantuk je kepala manusia zalim ni.

    ReplyDelete
  2. memang "binatang" diorg tu... kalau nak di hukum buat lah seberat2 nya baru tahu jgn kata sebat kalau bole gantung sampai mati..baru puas hati..dah x der rasa hormat dan berperi kemanusian.

    ReplyDelete
  3. memang pun kejam .. kesian ibu mengandung pun nak ragut.. pentingkan diri sendiri .. tentuke orang tu ader duit .. kesian.. semua orang ader masalah tersendiri .. kita kena berusaha ..

    ReplyDelete